Wednesday, March 28, 2012

Program Sumbangan Pakaian Terpakai dan Wang

assalamualaikum wbt.. " Together We Care, Together We Share "

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ILAHI dengan limpah kurniaNYA, PEERS telah berjaya menjalankan kutipan sumbangan pakaian terpakai dan juga wang sepanjang minggu lepas iaitu pada 20/03/2012- 23/03/2012. Hasil kutipan ini akan disalurkan kepada Rumah Orang Tua Seri Kenangan, Ulu Kinta, Perak. Ini adalah kerjasama antara dua pihak, iaitu antara Peers dan juga Orientation Committee (OC). Pihak OC akan mewakili pihak kolej untuk memberi sumbangan ini kepada pihak terbabit semasa program Post Morterm mereka yang akan dijalankan pada 30/03/2012. 

Hasil kerjasama ini telah merapatkan ukhuwah sesama pihak Peers dan OC. Selain itu, dengan program kutipan sumbangan ini akan menerapkan nilai-nilai murni sesama insan iaitu untuk menderma untuk insan-insan yang memerlukannya. Alhamdulillah, kutipan sumbangan ini amat memberansangkan dan mendapat sambutan yang hangat, alhamdulillah. Pihak Peers Guidance Club mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang telah memberi sumbangan tak kiralah dari segi pakaian atau wang. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kalian semua. Amin.. =)

No comments: