Friday, March 25, 2011

Perkhemahan 2011 PRS KM & KPM

assalamualaikum wbt.. " Together We Care, Together We Share "

Pada 11- 13 Mac yang lepas,satu perkhemahan telah diadakan bagi semua ahli PRS seMARA (KOLEJ MARA dan KOLEJ PROFESIONAL MARA) yang telah diadakan di HUTAN LIPUR ULU BENDUL, NEGERI SEMBILAN.
Tema perkhemahan ini ialah "memperkasa profesionalisme Pembimbing Rakan Sebaya".

Antara slot-slot yang telah diadakan ialah nilai seorang pembimbing, komunikasi, bengkel kemahiran radio amatur ( taklimat daripada pihak MARES ), kemahiran-kemahiran asas kaunseling, asertif serta program riadah yang dijalankan oleh pihak KM Banting.

Walaupun cuaca agak tidak menentu, program masih berjalan dengan lancar dan semua ahli PRS memberi kerjasama penuh dalam menjayakan aktiviti ini.

Perkhemahan ini merupakan perkhemahan yang ke 3 kali diadakan dan telah dijalankan setahun sekali.

KAMI...=)

Peserta Lelaki

Sebahagian peserta perempuan
Pelbagai pengalaman yang dapat di program ini dan semoga semua ahli PRS kan sentiasa bersedia untuk membantu seperti moto kita, "BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN!"

Wednesday, March 23, 2011

Pengambilan ahli baru...=)

assalamualaikum wbt.. " Together We Care, Together We Share "

BERITA BAIK BAGI SEMUA PELAJAR KPMB!!

Kami PGC akan membuka permohonan untuk pengambilan hali-ahli baru bagi sesi JAN-JUN 2011!!

Borang permohonan bolehlah didapati daripada wakil PGC:
SAFARIL , AMIRA , SYAHIDAH.

Semua butiran bolehlah dilihat di bilik gerakan PEERS GUIDANCE CLUB atau boleh bertanya terus kepada kaunselor, Pn Nuradzrina bt Hj Ishak di bilik kaunselor.

tarikh tutup permohonan ialah pada 25hb Mac 2011..!!!

COME! AND GRAB THE CHANCE!!! =)