Wednesday, March 28, 2012

Program Sumbangan Pakaian Terpakai dan Wang

assalamualaikum wbt.. " Together We Care, Together We Share "

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ILAHI dengan limpah kurniaNYA, PEERS telah berjaya menjalankan kutipan sumbangan pakaian terpakai dan juga wang sepanjang minggu lepas iaitu pada 20/03/2012- 23/03/2012. Hasil kutipan ini akan disalurkan kepada Rumah Orang Tua Seri Kenangan, Ulu Kinta, Perak. Ini adalah kerjasama antara dua pihak, iaitu antara Peers dan juga Orientation Committee (OC). Pihak OC akan mewakili pihak kolej untuk memberi sumbangan ini kepada pihak terbabit semasa program Post Morterm mereka yang akan dijalankan pada 30/03/2012. 

Hasil kerjasama ini telah merapatkan ukhuwah sesama pihak Peers dan OC. Selain itu, dengan program kutipan sumbangan ini akan menerapkan nilai-nilai murni sesama insan iaitu untuk menderma untuk insan-insan yang memerlukannya. Alhamdulillah, kutipan sumbangan ini amat memberansangkan dan mendapat sambutan yang hangat, alhamdulillah. Pihak Peers Guidance Club mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang telah memberi sumbangan tak kiralah dari segi pakaian atau wang. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kalian semua. Amin.. =)

Monday, March 5, 2012

Personaliti Mengikut Jenis Darah : 'A', 'B', 'AB', 'O'

assalamualaikum wbt.. " Together We Care, Together We Share "

Bersempena dengan kempen menderma darah yang telah dijalankan di KPMB baru-baru ini, kami ingin berkongsi sedikit fakta menarik mengenai jenis2 darah seseorang. Seperti yang kita ketahui, terdapat 4 jenis darah yang berlainan, iaitu : A, B, AB, dan O. Setiap jenis darah tersebut mempunyai karekter2 tersendiri yang unik dan menarik. Mari lihat gambar2 dibawah :








Macam mana? Adakah watak2 yang ditunjukkan pada kartun diatas melambangkan sikap anda, bersesuaian dengan jenis darah? Mesti ada bukan? Walaupun sedikit. Kesimpulannya, setiap orang itu mempunyai karekter masing2 yang mempunyai perwatakan yang berbeza. Oleh itu, kita hidup di dunia ini saling bergantung antara satu sama lain. Di kesempatan ini juga, kami ingin menyeru anda semua supaya menyertai kempen derma darah pada masa akan datang. Insyaallah ada ganjarannya sama ada di dunia mahupun di akhirat. :)

sumber asal :http://lukisanduniaku.wordpress.com/2010/06/17/personaliti-mengikut-jenis-darah-anda/