Wednesday, January 25, 2012

Winding Up : Semangat Kerjasama Dipupuk Bersama

assalamualaikum wbt.. " Together We Care, Together We Share "

Alhamdulillah bersyukur kita dapat bertemu lagi pada tahun ini....masih tidak terlambat lagi untuk kami mengucapkan selamat tahun baru dan selamat menempuh semester baru...:) Bersempena dengan semester baru ini, Peers Guidance Club telah mengadakan satu aktiviti untuk merapatkan ukhuwah antara mereka. Aktiviti ini dijalankan pada hari Rabu , 25 Januari 2012.

Pada hari rabu 25hb Jan 2012, Peers telah mengadakan aktiviti explorace bersama-sama ahli Peers yang lain di sekitar KPMB. Penglibatan semua ahli memeriahkan lagi Explorace WINDING UP yang bermula pada pukul 5.00 petang dan berakhir pada pukul 7.00 malam. winding up merupakan satu aktiviti yang menyerupai explorace dan mempunyai beberapa checkpoint yang perlu dihadapi sebelum ke garisan penamat.

objektif utama aktiviti ini di adakan ialah untuk merapatkan ukhwah di antara ahli PEERS. terdapat 5 check point yang mana setiap check point mempunyai nama tersendiri, contohnya check point yang pertama ialah IF YOU KNOW ME. apabila semua ahli PEERS berada di check point setiap ahli telah menerima 1 helai kertas yang mna mengandungi 4 soalan, objektif check point tersebut sama ada setiap ahli melakukan komunikasi yang berkesan dan mengenali ahli PEERS masing-masing.

semua ahli di bahagikan kepada 6 kumpulan, iaitu kupulan A, B, C, E, dan F. dalam permainan tersebut setiap ahli perlu berkomunikasi, bukan sahaja antara ahli kumpulan malah semua ahli dari kumpulan lain dan BIRO PEMBANGUNAN KENDIRI juga. sebagai contoh akitiviti meneka barang, setiap kumpulan menerima 1 ayat, di mana ahli kumpulan tersebut perlu meneka dan mencari barang tersebut. barang tersebut adalah barang amanah yang di berikan pada setiap kumpulan sebelum akitiviti itu bermula. barang tersebut adalah berlainan bagi setiap kumpulan. dengan itu, jika kumpulan tersebut mendapat ayat TAKUT API, TAPI TAK TAKUT AIR, maka ahli kumpulan itu akan meneka dan mencari barang tersebut daripada kumpulan yang lain.

Aktiviti ini berakhir dengan akitiviti yang menyeronokkan dan semua ahli PEERS berpuas hati dengan permainan tersebut. Walaupunmenghadapi sedikit kesulitan namun tidak mematahkan semangat setiap ahli PEERS untuk meneruskan aktiviti itu dengan jayanya.


Semua ahli Peers Guidance Club berkumpul dihadapan dewan.


Senaman ringan dilakukan sebelum aktiviti dimulakan.


Sepanjang aktiviti dijalankan:









Pemenang Winding Up Peers Guidance Club KPMB


Walaupun letih, semua peserta tetap bergembira dan ceria.. 


Berkumpul sebelum aktiviti tamat.

Diharapkan dengan aktiviti-aktiviti sebegini dapat merapatkan lagi ukhuwah dan membina semangat kerjasama. Anda juga boleh pratikkan aktiviti ini untuk membina jati diri disamping merapatkan silaturahim..