Thursday, October 20, 2011

Kisah Serigala

Assalamualaikum wbt.. " Together We Care, Together We Share "

Saya diberitahu yang di tempat-tempat tundra di mana sesetengah org mungkin memburu serigala. Mereka akan mengambil bilah tajam dan mereka akan melumurkan darah pada bilah itu serta mencairkan ais di sekitarnya dan meletakkan pemegang bilah itu didalam ais tersebut supaya hanya bilah itu sahaja yang terkeluar. Dan serigala ini akan menghidu bau darah dan ingin memakannya.maka ia datang dan menjilat bilah tersebut untuk cuba memakannya. Apa yang berlaku ialah apabila serigala tersebut menjilat bilah itu, dia melukakan lidahnya dan berdarah, dan dia masih ingat bahawa dia masih lagi memakan darah pada bilah itu, dan dia terus menjilat dan meminum darah tersebut. Dan semestinya darah itu adalah darahnya sendiri dan akhirnya dia terbunuh darinya.

Kesimpulan  :  Janganlah kita melakukan perkara yang lalai sehingga ia boleh merosakkan diri kita sendiri. Selamat beramal :)



No comments: