Thursday, May 6, 2010

kenangan di PERNIM..

assalamualaikum wbt..

pada 28 March 2010 yang lalu..kami ahli2 peers telah melawat ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak HIV PERNIM, Cheras untuk Program Khidmat Masyarakat di sana.

Rumah PERNIM nie adelah badan bukan kerajaan (NGO) yang memikul tanggungjawab dalam membela nasib anak-anak pesakit HIV/AIDS terutama kepada kanak-kanak yang terbiar dan ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat AIDS..


alhamdullillah, semua aktiviti berjalan dgn lancar..mekasih kepada kaunselor pelatih iaitu kak ain & kak rinie dan encik Azwan sebab sudi bawak kami ke sane..kami berasa sangat gembira ketika berada di sana dan dapat mengenali mama Norlina iaitu pengasas PERNIM & anak2 di sana yang seramai 50 orang..program ini merupakan pengalaman paling manis untuk kami Ahli2 PEERS khususnya..diharap, kami dapat mengadakan aktiviti seperti ini pada masa akan datang..Insyaallah~

antara gambar - gambar kenangan sepanjang berada di PERNIM..


















" Ya ALLAH engkau limpahkan lah rahmat keatas penguni rumah PERNIM..semoga mereka tabah mengharungi hari - hari yang mencabar...aminnnnn~ " 


" Together We Care, Together We Share "

No comments: